There was an error in this gadget

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua yang beragama islam di seluruh Malaysia. Kepada yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, berhati-hati lah sepanjang perjalanan agar selamat sampai ke destinasi yang dituju untuk meraikan perayaan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara. Menjelang tiba hari raya teringat gak aku ngan keluarga angkat aku yang berada di Batu Berendam MELAKA, Encik Ayub dan keluarga. Sepanjang hari raya entah tahun bila aku pon dah tak ingat, sekitar tahun 1996 gitu la aku rasa, bersama keluaga En. ayub aku dilayan dengan baik sekali, aku dberi baju raya lengkap walaupun aku bukan muslim. Teringat gak aku time raya pertama aku dibawa balik kampung diorang di JASIN MELAKA dan seterusnya ke PONTIAN JOHOR.Sepanjang perayaan tersebut, banyak gak rumah sanak saudara keluarga angkat aku kami ziarahi. Kalau pasal makanan, memang perut aku tak larat menahan kekenyangan dgn lemang, ketupat, kuih muih dan sebagainya. Satu perkara yang paling best masa tu ialah, aku dapat banyak duit raya. Sampai sekarang aku dah terputus hubungan dengan mereka, dengan kesempatan ini aku ingin merakam jutaan terima kasih kepada keluarga angkat aku ( En. Ayub) dan ampun dan maaf sepanjang besama keluaga. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 comment: