Friday, August 26, 2011

Jerebu melanda

Sekitar bulan ogos dan september nie memang tak sah kalau takde jerebu terutamanya d Sarawak. Pada masa ni para petani yang menanam padi bukit atau huma menjalankan aktiviti pembakaran hutan yang telah ditebas dan ditebang pokoknya. Pembakaran hutan untuk menanam padi ni bukan la secara besar-besaran, bagi penduduk pedalaman mereka melakukan aktiviti penanaman padi bukit ni untuk makanan dan bekalan keluarga sahaja bukan untuk tujuan komersial. Pembakaran hutan nie la penyebab berlakunya jerebu. Masa jerebu begini la banyak menimbulkan masalah terutama masalah yang melibatkan kesihatan. Aku pun tak ketinggalan, tekak dah terasa sakit, susah nak menelan. Bila check, tonsil kembang. Aduh, tak selesa betul la camni. Korang camne? Nasihat aku, kurangkan la aktiviti luar dalam situasi jerebu begini terutamanya kanak-kanak. Minumla air bebanyak.

No comments:

Post a Comment