Sunday, August 14, 2011

Illegal RED RALLY of the MoCS!!!

Perhimpunan yang dirancang oleh MoCS dikatakan perhimpunan haram kerana tidak mendapat permit atau kelulusan daripada pihak polis. Perhimpunan tersebut yang dirancang dilakukan pada 13 ogos yang lalu dibatalkan kerana mempertimbangkan isu-isu keselamatan itu alasan daripada orang utama yang merancang perhimpunan tersebut. Bagaimana pula pandangan anda semua? Aku rasa berterima kasih gak la kepada orang yang ingin melakukan perhimpunan tersebut kerana membatalkan hasrat mereka kerana tidak menimbulkan huru-hara dan situasi panik dikalangan penduduk Kuching khasnya dan penduduk Sarawak sendiri amnya. Apa agenda mereka untuk melakukan perhimpunan nie? Katanya mereka nak kan Ketua menteri Sarawak berundur, ada agenda lain ke? Aku rasa memang ada agenda lain, yang diorang letakkan agenda utama tersebut mungkin untuk mendapatkan atau mengumpul pengikut-pengikut untuk menyertai perhimpunan tersebut supaya kelihatan ramai yang menyokong mereka. Malangnya pada 13 ogos lepas kita boleh tengok sendiri apa yang jadi, terima kasih penduduk Sarawak kerana menolak budaya sebegini, ini menunjukan penduduk Sarawak yang boleh berfikir secara rasional dan inginkan ke amanan selain cintakan negeri sendiri. Saya TABIK ngan anda semua. Terusan menyemai semangat cintakan negara amnya dan cintakan negeri kita SARAWAK khasnya.

No comments:

Post a Comment