Wednesday, September 28, 2011

KAPIT POWERBOAT RACING 2011

Bersempena dengan SAFARI RAKIT BALLEH KAPIT 2011 tempoh hari, tanggal 25 september telah diadakan perlumbaan POWERBOAT sebagai acara tambahan. Perlumbaan tersebut memang sudah pasti dinanti-nantikan oleh penduduk KAPIT kerana ianya merupakan acara yang paling diminati oleh penduduk disini. Disini saya akan sajikan para pembaca/pengunjung blog ini beberapa aksi begambar yang sempat saya ambil sempena perlumbaan tersebut.










Wednesday, September 14, 2011

BALLEH KAPIT RAFT SAFARI 2011

Safari rakit Balleh Kapit merupakan acara tahun bagi penduduk Kapit amnya dan pendudUk Balleh khasnya. Acara ini secara tidak langsung dapat melonjakkan nama Kapit sebagai sebuah tempat atau kawasan EKOPELANCONGAN. Kapit memang terkenal dengan bentuk muka bumi yang agak berbukit bukau serta mempunyai banyak hutan dan sungai yang menawarkan keindahan semulajadi kepada penduduk kapit sendiri dan juga kepada pelancong.
Tapi malangnya, yang amat mengecewakan sungai-sungai ini sudah terganggu kejernihannya. Sekiranya kita dapat mengekalkan kejernihan air sungai di bahagian kapit ini sudah pasti ianya menampakkan keindahan semulajadi yang asli. Punca yang utama menyebabkan keadaan ini berlaku ialah aktiviti pembalakkan, sekiranya anda menyusuri sendiri di sepanjang Rejang dan Balleh anda akan dapat lihat banyak kem-kem pembalakan di tebingan sungai tersebut. Adakah kerja-kerja pembalakan ini berlandaskan speksifikasi yang ditetapkan dan mengambilkira kesannya terhadap kemusnahan alam sekitar dan pencemaran?
Berbalik kepada acara safari rakit Balleh Kapit,ianya bermula pada 23 september ini dimana para peserta dilepaskan dari Rumah Ajai Nanga Senuang. Para peserta akan melalui 4 sungai iaitu Sungai Ajai, Sungai Mujong, Sungai Balleh dan Sungai Rejang. Para peserta akan menamatkan acara berakit ini di Terminal Penumpang Bot Ekpress Kapit pada 24 september.
Selain acara berakit, acara kayak, karnival mini dan ratu rakit kapit juga diadakan sebagai acara tambahan. Jadi kepada anda di luar sana ayuhlah beramai-ramai memeriahkan acara tahunan Kapit ini. Kepada penduduk di luar kawasan kapit, satu-satunya jalan perhubungan ke Kapit ialah menggunakan pengangkutan air iaitu bot ekspress. Untuk makluman anda semua di luar Kapit, Kapit ibaratkan sebuah pulau dimana tiada jalan raya menghubungkan nya dengan bandar atau pekan lain di Sarawak walaupun kita sudah mencapai KEMERDEKAAN kali ke54. Agak-agaknya bila ya?