Tuesday, August 30, 2011

MERDEKA!!!

Selamat menyambut hari KEMERDEKAAN yang ke-54 kepada semua rakyat MALAYSIA tak kira dimana anda berada. Terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan yang telah berhabis-habisan menentang penjajah, tanpa mereka siapalah kita sekarang yang hidup dalam negara yang aman damai. Terima kasih juga kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa berkerja keras membangunkan negara dan mengekalkan keamanan negara sampai ke tahap ini. Hapuskanlah niat hati yang ingin menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam negara kita demi kepentingan politik dan peribadi. Tanamkanlah semangat cintakan negara dalam sanubari setiap insan yang berwarganegara MALAYSIA agar keamanan negara terus terjaga dan nama MALAYSIA terus gah di serata dunia. MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!! Peace no war..

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua yang beragama islam di seluruh Malaysia. Kepada yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, berhati-hati lah sepanjang perjalanan agar selamat sampai ke destinasi yang dituju untuk meraikan perayaan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara. Menjelang tiba hari raya teringat gak aku ngan keluarga angkat aku yang berada di Batu Berendam MELAKA, Encik Ayub dan keluarga. Sepanjang hari raya entah tahun bila aku pon dah tak ingat, sekitar tahun 1996 gitu la aku rasa, bersama keluaga En. ayub aku dilayan dengan baik sekali, aku dberi baju raya lengkap walaupun aku bukan muslim. Teringat gak aku time raya pertama aku dibawa balik kampung diorang di JASIN MELAKA dan seterusnya ke PONTIAN JOHOR.Sepanjang perayaan tersebut, banyak gak rumah sanak saudara keluarga angkat aku kami ziarahi. Kalau pasal makanan, memang perut aku tak larat menahan kekenyangan dgn lemang, ketupat, kuih muih dan sebagainya. Satu perkara yang paling best masa tu ialah, aku dapat banyak duit raya. Sampai sekarang aku dah terputus hubungan dengan mereka, dengan kesempatan ini aku ingin merakam jutaan terima kasih kepada keluarga angkat aku ( En. Ayub) dan ampun dan maaf sepanjang besama keluaga. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, August 26, 2011

Jerebu melanda

Sekitar bulan ogos dan september nie memang tak sah kalau takde jerebu terutamanya d Sarawak. Pada masa ni para petani yang menanam padi bukit atau huma menjalankan aktiviti pembakaran hutan yang telah ditebas dan ditebang pokoknya. Pembakaran hutan untuk menanam padi ni bukan la secara besar-besaran, bagi penduduk pedalaman mereka melakukan aktiviti penanaman padi bukit ni untuk makanan dan bekalan keluarga sahaja bukan untuk tujuan komersial. Pembakaran hutan nie la penyebab berlakunya jerebu. Masa jerebu begini la banyak menimbulkan masalah terutama masalah yang melibatkan kesihatan. Aku pun tak ketinggalan, tekak dah terasa sakit, susah nak menelan. Bila check, tonsil kembang. Aduh, tak selesa betul la camni. Korang camne? Nasihat aku, kurangkan la aktiviti luar dalam situasi jerebu begini terutamanya kanak-kanak. Minumla air bebanyak.

Sunday, August 14, 2011

Illegal RED RALLY of the MoCS!!!

Perhimpunan yang dirancang oleh MoCS dikatakan perhimpunan haram kerana tidak mendapat permit atau kelulusan daripada pihak polis. Perhimpunan tersebut yang dirancang dilakukan pada 13 ogos yang lalu dibatalkan kerana mempertimbangkan isu-isu keselamatan itu alasan daripada orang utama yang merancang perhimpunan tersebut. Bagaimana pula pandangan anda semua? Aku rasa berterima kasih gak la kepada orang yang ingin melakukan perhimpunan tersebut kerana membatalkan hasrat mereka kerana tidak menimbulkan huru-hara dan situasi panik dikalangan penduduk Kuching khasnya dan penduduk Sarawak sendiri amnya. Apa agenda mereka untuk melakukan perhimpunan nie? Katanya mereka nak kan Ketua menteri Sarawak berundur, ada agenda lain ke? Aku rasa memang ada agenda lain, yang diorang letakkan agenda utama tersebut mungkin untuk mendapatkan atau mengumpul pengikut-pengikut untuk menyertai perhimpunan tersebut supaya kelihatan ramai yang menyokong mereka. Malangnya pada 13 ogos lepas kita boleh tengok sendiri apa yang jadi, terima kasih penduduk Sarawak kerana menolak budaya sebegini, ini menunjukan penduduk Sarawak yang boleh berfikir secara rasional dan inginkan ke amanan selain cintakan negeri sendiri. Saya TABIK ngan anda semua. Terusan menyemai semangat cintakan negara amnya dan cintakan negeri kita SARAWAK khasnya.

Tuesday, August 9, 2011

KEK LAPIS SARAWAK vs BUTTER CHURN!!!?

Permintaan untuk kek lapis SARAWAK dah menurun disebabkan penggunaan butter churn yang didapati tidak halal. Kek lapis sarawak merupakan salah satu ikon dan daya tarikan bagi penduduk luar dari sarawak mahu pun penduduk Sarawak sendiri, apabila pergi ke Sarawak terutama di KUCHING, salah satu benda yang mesti dibeli ialah kek lapis sarawak. AKU SENDIRI pun tak ketinggalan dari membeli kek tersebut sekiranya ada urusan di KUCHING. Bagi aku kalau keke lapis tersebut dibuat bukan menggunakan butter, rasanya agak kurang sedapnya. Lepas nie apa plan semua pengusaha kek lapis Sarawak ni bagi mengekalkan kepopularitian produk SARAWAK yang dah GAH nama nya.?

Sunday, August 7, 2011

SELAMAT BERPUASA

Selamat berpuasa kepada semua penganut agama islam di seluruh dunia khas nya kepada muslimin dan musliman di MALAYSIA. PEACE TO THE WORLD.