Thursday, March 4, 2010

Longboats...!!!!

Longboat, perahu panjang, perau panjai...merupakan pengangkutan utama yang digunakan penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di SARAWAK. Pengangkutan ini menjadi pilihan kerana tiadanya kemudahan JALAN RAYA..Persoalannya sampai bilakah penduduk menggunakan pengangkutan ini, walaupun negara sudah berpuluh-puluh tahun sudah merdeka. Faktor geografi mungkin menjadi alasan utama bagi pembinaan JALAN RAYA sukar dijalankan tetapi...nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perahu Panjang ini agak sukar digunakan sekiranya tanpa enjin sangkut (15hp/30hp/40hp). Enjin sangkut juga tak dapat berfungsi sekiranya tiada minyak petrol....Harga petrol sekarang berapa haa!!???
keseronokan menaiki perahu panjang memang pada tahap maksimum bagi mereka yang jarang menggunakan pengangkutan ini disamping menikmati keindahan alam persekitaran hutan hujan tropika. Tetapi bagi yang menggunakan pengangkutan ini setiap hari..ianya satu aktiviti yang memenatkan terutamanya di musim kemarau.

paling susah dan memenatkan menggunakan pengangkutan ini ialah pada musim kemarau kerana paras ai sungai menjadi cetek...bersedialah untuk BEBATAK.


susah senang...but we enjoy our journey with this longboat. We still fight for ROAD.



No comments:

Post a Comment