Wednesday, November 20, 2013

kOmuniti Penan ke parlimen rayu PM campurtangan!!


    • Demi mempertahankan tanah pusaka yang dirampas untuk pembinaan empangan mega, komuniti Penan dari Belaga, Sarawak hari ini hadir di Parlimen untuk merayu ihsan perdana menteri untuk campurtangan dalam pengusiran dan penempatan semula mereka.
      NONESeramai 14 wakil Penan itu hadir ke pejabat ketua pembangkang untuk menyerahkan memorandum yang menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan proses perundingan boleh berlangsung di antara mereka dengan pihak berkuasa.

      Dua jam sebelum itu, kumpulan yang sama juga telah ke Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum menggesa polis bersikap neutral dalam bertugas mengawal halangan yang mereka dirikan berhampiran pintu masuk empangan Murum.

      Dalam memorandum yang dialamatkan kepada ketua polis negara, komuniti itu menuntut polis menghentikan sekatan jalan berhampiran tempat mereka mendirikan halangan.
      NONEMereka menuntut agar polis membenarkan makanan, air, ubat-ubatan, pekerja sosial dan kesihatan, relawan serta wartawan untuk masuk ke kawasan halangan diadakan.

      "Ketua polis negara perlu campur tangan dengan segera dalam krisis kemanusiaan ini dan mengarahkan anggotanya agar tidak masuk campur dalam perjuangan hak suku Penan," memorandum itu dipetik.

      Kumpulan itu yang turut diiringi pengasas NGO Suaram, Dr Kua Kia Soong dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, kemudian berjalan ke Parlimen sejauh kira-kira satu kilometer untuk menyerahkan satu lagi memorandum lain kepada perdana menteri.

      Mengetuai rombongan itu adalah aktivis hak Orang Asli dan peguam, Abun Sui Anyit.
      NONEMenurutnya, mereka membuat keputusan untuk hadir ke Parlimen kerana selama ini kerajaan negeri Sarawak dan pemaju empangan tidak pernah menyatakan janji mereka untuk penempatan semula dan pampasan secara bersemuka dengan orang Penan.

      "Selama ini mereka hanya memberitahu tentangnya melalui media sahaja," kata Abun.

      Memorandum yang diserahkan melalui pejabat ketua pembangkang itu menuntut Najib mendesak pelaksanaan cadangan yang dibuat dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli-Asal di Malaysia 2013 yang diterbitkan Suhakam.

      Ia diterima oleh MP Seremban, Anthony Loke bagi pihak pejabat ketua pembangkang.                        
    • Sumber : malaysiakini

No comments:

Post a Comment