There was an error in this gadget

Monday, November 26, 2012

Terung Dayak, dabai diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak


MIRI: Terung Dayak yang juga dikenali sebagai terung asam dan dabai kini sudah diiktiraf dan didaftarkan sebagai harta intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI), yang juga merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Pengerusinya Datuk Abdul Manan Ismail memberitahu kedua-dua buah sayuran berasal dari Sarawak itu merupakan yang terbaharu di antara tujuh tumbuhan asal negeri ini yang telah dilindungi hak miliknya dan didaftarkan di bawah GI.
“Kesemua tujuh tumbuhan asal Sarawak itu telah dipohon oleh kerajaan negeri untuk dilindungi sebagai harta intelek negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Sarawak,” katanya.
Manakala produk kelapan dari negeri ini yang turut dilin-dungi dan telah didaftarkan sebagai harta intelek negara ialah produk paling popular, kek lapis Sarawak.
Selain dabai dan terung Da-yak, lima tumbuhan asal lain negeri ini yang turut dilindu-ngi ialah tiga jenis beras termasuk Bario, lada (hitam dan putih) serta sejenis herba yang hanya tumbuh di negeri ini.
“Apabila kesemua produk ini telah didaftarkan sebagai harta intelek, maka mudah bagi kita untuk memasarkannya sama ada dalam negeri mahupun ke pasaran antarabangsa dan secara tidak langsung menjadi cap dagangan dari negeri Sarawak dan negara ini.
“Bagaimanapun saya dapati masih banyak produk unik negeri ini dan hanya terdapat di Sarawak, yang masih belum didaftarkan sebagai harta intelek seperti garam tanah tinggi dan epal Ba’Kelalan,” kata-nya kepada pemberita di sini, selepas merasmikan Seminar Kesedaran Harta Intelek di sini, semalam.
Sehubungan itu Abdul Ma-nan meminta pihak berkaitan seperti industi kecil dan sederhana (IKS) mengenal pasti produk unik ini dan mendaftarkannya dengan segera sebagai harta intelek bagi melindungi  hak milik Sarawak.
Pada masa ini tambahnya, garam tanah tinggi yang hanya terdapat di Bario dan Ba’Kela-lan serta epal Ba’Kelalan masih belum didaftarkan lagi.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Abdul Manan memberitahu bahawa kerajaan melalui MyIPO akan memper-kenalkan Model Penilaian Harta Intelek (IP Valuation Model) kepada rakyat negara ini, sebagai langkah mengiktiraf pe-ranan harta intelek dalam pembangunan ekonomi negara.
“Di bawah Belanjawan 2013, MyIPO telah diperuntukkan sebanyak RM19 juta untuk melatih penilai-penilai harta intelek tempatan.
“Usaha ini akan membantu syarikat tempatan khususnya IKS, mengukuhkan lagi keupayaan perniagaan dan pengkomersilan produk mereka,” katanya.
Mengenai pemahaman terhadap kepentingan harta intelek di kalangan masyarakat di negeri ini, beliau berkata pe-ningkatan statistik permoho-nan cap dagangan yang difailkan di Sarawak membuktikan kesedaran golongan peniaga semakin bertambah.
“Saya difahamkan sehingga Oktober 2012, sebanyak 404 permohonan harta intelek te-lah difailkan berbanding 301 bagi tempoh yang sama pada 2011, yang menyaksikan pe-ningkatan sebanyak 34 peratus,” tambahnya.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/27/terung-dayak-dabai-diiktiraf-sebagai-harta-intelek-sarawak/#ixzz2DNW90YLL

1 comment:

  1. DENGAN IBU GOMES DIHONGKONG
    ANDA PASTI DI BANTU KARNA KAMI SUDAH MEMBUKTIKANYA
    Pusat Pesugihan di Tanah Jawa Timur
    Apakah anda mempunyai masalah dibawah ini:
    - Kesulitan Ekonomi
    - Banyak Hutang
    - Rejeki Seret
    - Susah Mencari Pekerjaan
    - Susah jodoh
    - Pasangan Selingkuh
    - Sakit menahun dan di vonis dokter tidak akan bisa sembuh
    - Belum Mempunyai keturunan

    Ki DARMO Siap menjadi perantara hajat dibawah ini: jual beli tuyul
    -Pesugihan Dana Gaib-Pesugihan Tuyul
    - Pesugihan Tanpa tumbal
    - Pesugihan Kakang Kawah Adi Ari-ari
    - Pesugihan Tuyul
    - Pesugihan Buto Ijo
    - Pesugihan Nyi Blorong
    - Pesugihan Kembang Kantil
    - Pasang Susuk kembang Kantil
    - Pelet Mimi lan Mintuno
    - Pengasihan Semar Mesem
    - Pengasihan Jaran goyang
    - Memisahkan Pasangan Selingkuh
    - Pengobatan Kanker, HIV, dll
    - Ritual Memohon Keturunan
    - Backing Usaha
    - Pengisian Benda Pusaka
    - Mengusir Hantu dll
    - Pencalonan Lurah, Camat dll
    - Ritual Enteng Jodoh
    ATAU BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,
    ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI DARMO--http://sayajual-awakbeli.blogspot.com

    Apakah anda sudah malang melintang alias kesana kemari ikhtiar mencari, dukun, paranormal, kyai dll, tetapi belum cocok atau jodoh. Maka tidak ada salahnya anda ikhtiar bersama Kami.dengan HUBUNGGI NOMOR -AKI DARMO 082-310-142-255

    ReplyDelete