"PERKASA pertubuhan halal di sisi undang-undang. Siapa yang keluar pendapat hendak halang PERKASA tidak bertamadun.
"Fikiran yang buat budak-budak ketawa," katanya melalui SMS, menjawab soalan Malaysiakini berhubung perkara itu lewat petang semalam.
Ibrahim juga menjelaskan, PERKASA sendiri tidak pernah menghalang mana-mana pihak memasuki negeri tertentu dan hanya menegur pihak yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan.
"Kasihan dengan mereka yang ketinggalan maklumat. Steady-lah," sindir Ibrahim lagi.
PKR: Tiada tempat untuk rasisme
Sebuah portal kelmarin melaporkan, PERKASA kini mempunyai 45,000 anggota di Sabah dan berharap mendapat sokongan sama apabila membuka cawangan di negeri jirannya, Sarawak.
Bagaimanapun, langkah itu ditentang hebat di alam maya, NGO negeri dan beberapa parti politik, termasuk DAP, PKR dan Parti Rakyat Sarawak.
"Tiada tempat untuk rasisme," kata Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How (kiri) semalam.
sumber : malaysiakini
No comments:
Post a Comment