Wednesday, November 20, 2013

kOmuniti Penan ke parlimen rayu PM campurtangan!!


    • Demi mempertahankan tanah pusaka yang dirampas untuk pembinaan empangan mega, komuniti Penan dari Belaga, Sarawak hari ini hadir di Parlimen untuk merayu ihsan perdana menteri untuk campurtangan dalam pengusiran dan penempatan semula mereka.
      NONESeramai 14 wakil Penan itu hadir ke pejabat ketua pembangkang untuk menyerahkan memorandum yang menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan proses perundingan boleh berlangsung di antara mereka dengan pihak berkuasa.

      Dua jam sebelum itu, kumpulan yang sama juga telah ke Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum menggesa polis bersikap neutral dalam bertugas mengawal halangan yang mereka dirikan berhampiran pintu masuk empangan Murum.

      Dalam memorandum yang dialamatkan kepada ketua polis negara, komuniti itu menuntut polis menghentikan sekatan jalan berhampiran tempat mereka mendirikan halangan.
      NONEMereka menuntut agar polis membenarkan makanan, air, ubat-ubatan, pekerja sosial dan kesihatan, relawan serta wartawan untuk masuk ke kawasan halangan diadakan.

      "Ketua polis negara perlu campur tangan dengan segera dalam krisis kemanusiaan ini dan mengarahkan anggotanya agar tidak masuk campur dalam perjuangan hak suku Penan," memorandum itu dipetik.

      Kumpulan itu yang turut diiringi pengasas NGO Suaram, Dr Kua Kia Soong dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, kemudian berjalan ke Parlimen sejauh kira-kira satu kilometer untuk menyerahkan satu lagi memorandum lain kepada perdana menteri.

      Mengetuai rombongan itu adalah aktivis hak Orang Asli dan peguam, Abun Sui Anyit.
      NONEMenurutnya, mereka membuat keputusan untuk hadir ke Parlimen kerana selama ini kerajaan negeri Sarawak dan pemaju empangan tidak pernah menyatakan janji mereka untuk penempatan semula dan pampasan secara bersemuka dengan orang Penan.

      "Selama ini mereka hanya memberitahu tentangnya melalui media sahaja," kata Abun.

      Memorandum yang diserahkan melalui pejabat ketua pembangkang itu menuntut Najib mendesak pelaksanaan cadangan yang dibuat dalam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli-Asal di Malaysia 2013 yang diterbitkan Suhakam.

      Ia diterima oleh MP Seremban, Anthony Loke bagi pihak pejabat ketua pembangkang.                        
    • Sumber : malaysiakini

Tuesday, November 19, 2013

Halang PERKASA masuk S'wak tak bertamadun


11:06AM Nov 19 2013  
PERKASA menyelar NGO dan pembangkang negeri yang mahu kerajaan melarang kumpulan pendesak Melayu itu daripada membuka cawangan di Sarawak, menggunakan alasan ekstrimis.

perkasa charter interfaith council 260713 ibrahim aliPresidennya Datuk Ibrahim Ali (kanan) berkata, penentangan itu tidak bertamadun, malah ketinggalan maklumat kerana PERKASA telah wujud di semua negeri sejak empat tahun lalu, termasuk bumi kenyalang itu.

"PERKASA pertubuhan halal di sisi undang-undang. Siapa yang keluar pendapat hendak halang PERKASA tidak bertamadun.

"Fikiran yang buat budak-budak ketawa," katanya melalui SMS, menjawab soalan Malaysiakini berhubung perkara itu lewat petang semalam.

Ibrahim juga menjelaskan, PERKASA sendiri tidak pernah menghalang mana-mana pihak memasuki negeri tertentu dan hanya menegur pihak yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan.

"Kasihan dengan mereka yang ketinggalan maklumat. Steady-lah," sindir Ibrahim lagi.

PKR: Tiada tempat untuk rasisme
Sebuah portal kelmarin melaporkan, PERKASA kini mempunyai 45,000 anggota di Sabah dan berharap mendapat sokongan sama apabila membuka cawangan di negeri jirannya, Sarawak.

NONEMenafikan gelaran rasis yang dikaitkan dengan mereka, setiausaha agungnya Syed Hassan Ali berkata, ramai bumiputera Kristian Sabah menyertai PERKASA kerana pendirian mereka mempertahankan hak Bumiputera.

Bagaimanapun, langkah itu ditentang hebat di alam maya, NGO negeri dan beberapa parti politik, termasuk DAP, PKR dan Parti Rakyat Sarawak.

"Tiada tempat untuk rasisme," kata Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How (kiri) semalam.



sumber : malaysiakini