Tuesday, November 22, 2011

sarawakian girls with costumes









melihat wanita-wanita yang memperagakan pakaian tradisional suku kaum yang terdapat di SARAWAK memang tidak dapat menahan perasaan ingin terus memberikan tumpuan kepada peragaan mereka. Kalau dilihat dari seni pembuatan pakaian ini memang ianya nampak sangat unik, ini adalah kerana ianya merupakan hasil kerja tangan 100% yang memaparkan seni-seni yang tersendiri. Untuk kali ini aku ingin berkongsikan dengan anda semua dengan gambar wanita-wanita SARAWAK yang memperagakan pakaian tradisional dari suku KAUM IBAN.

Sunday, November 6, 2011

ARAWANA @ KELISA



Hobi aku memang banyak, salah satu daripadanya ialah memelihara ikan dalam akuarium. Banyak dah ikan yang telah aku pelihara diantaranya ialah seperti ikan emas, ikan kaloi dan yang terbaru ni ialah ikan flower horn. Bercakap tentang hobi memelihara ikan dalam akuarium ni memang satu hobi yang menyeronokkan, menenangkan fikiran, memerlukan kesabaran dan yang paling penting memerlukan modal yang besar sekiranya inginkan kepuasan yang maksima. Bagi aku...kepuasan yang sebenarnya belum mencapai tahap yang diimpikan, sebabnya aku bercita-cita dapat memelihara ikan idamananku iaitu IKAN ARAWANA ataupun lebih dikenali sebagai IKAN KELISA. Ada sesiapa di luar sana boleh membuat impian aku menjadi kenyataan??? Kalau ada boleh la beri info yang berkaitan...